Iklan

25 June 2018

Kami Terima UjianMu....Part 1

Persiapan Raya tahun 2018 kami atur dengan rapi agar semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Masa diatur dalam mencari semua keperluan raya sebab nak membolehkan semua ahli keluarga dapat merasakan kehangatan dan kemeriahan hari raya. 
Alhamdulillah secara perancangan dari HambaMu ini secara asasnya lengkaplah sudah, hanya beberapa perkara kecil sahaja yang dirancang disaat-saat akhir kerana menunggu ahli keluarga cukup semuanya.

8/6/2018....Jumaat, hari yang memang aku tunggu dari awal Ramadhan lagi kerana pada hari ini akan cukuplah kami semua berenam dalam satu keluarga. Pastinya suasana meriah akan bertambah apabila dapat bersahur, berbuka dan berterawih bersama-sama........
Tak ada apa yang ganjil dirasai...malah di tempat kerja suasana Hari Raya sangat dirasai kerana majlis bermaafan yang diatur sempena cuti persekolahan yang bakal tiba.

Tepat 12:30 pm, bertolak ke SMKA TUN RAHAH....satu destinasi yang tak asing lagi mulai tahun 2018. Setiap simpang, setiap belok tak kira kekiri atau kekanan semua dah dalam kepala aku...aku yakin dapat mengharungi perjalanan pergi dan balik pada kali ini dengan mudah dengan izinNya.

Tak timbul rasa nak terburu-buru...suasana tenang...semua seperti yang dirancang dan tiba di SMKA TUN RAHAH awal seperti biasa. Disambut dengan lambaian dan senyuman sambil memeluk sebotol balang kuih raya...masuk je dalam kereta terus cakap nak singgah ...rumah kawan nak antar kuih raya ni kat dia! Ok je tak kisah ....

Sebelum memulakan perjalanan pulang...sempat berhenti dulu beli kuih raya yang dijaja dibahu jalan...Ermmm murah jugak. Suasana tak panas dan redup je dan sangat selesa untuk memandu...selesai membayar perjalanan ke TERATAK ANAK diteruskan.

Beberapa kali bekas kuih raya yang dipeluk jatuh kerana mengantuk...aku suruh Kak Ya pergi baring di tempat duduk belakang kereta dan simpan kuih raya yang dipeluk. Dia ikut apa yang aku suruh cuma kuih raya yang disuruh simpan tetap dalam pelukan. Aku teruskan pemanduan ke destinasi...

ALLAHHUAKHBAR!!! itu je yang sempat aku ucap bila dunia yang cerah gelap seketika dan apabila muncul semua cahaya ....semua kaca bersemburan masuk ke kereta.

Kereta terbabas ke bahu jalan...terdengar suara teriakan dan meminta tolong dari belakang tempat duduk belakang. Cuba nak gerak tapi tersepit terutama kat kaki sebelah kanan...bila digerakkan jari...boleh je...Yakin tak ada apa yang patah...tapi nak gerak tetap tersepit...dirasai baju mulai dibasahi cecair ...bila dilihat....Ermmm darah dah mula keluar dengan banyak...masa tu dah dengar suara-suara orang yang cuba membantu. Sekali lagi mata jadi gelap sekejap.

Sekali lagi terbangun kerana dikejutkan oleh kerja-kerja pihak bomba untuk mengeluarkan aku yang tersepit...Bila ditanya..Pihak bomba cakap "anak Encik dah kami selamat keluarkan dan sedang ditenang dan dibantu oleh orang ramai. Alhamdulillah...hati tenang skit...tak kisah pun apa yang bakal aku lalui janji anak dah selamat. GELAP sekali lagi....PASRAH dan TAWAKKAL!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails