Iklan

26 August 2014

Sajak A. Samad Said...HAI MELAYU

SAJAK NURKILAN A. SAMAD SAID

TAJUK SAJAK...HAI MELAYU!

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!


Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.

03 August 2014

Adab Ziarah Kematian

3 Ogos 2014..Khabar diterima mengatakan Ayah Ngah dah meninggal dunia di Kg. Air Kuning. Setelah hampir setahun sakit akhirnya dijemput juga. Alhamdulillah berkesempatan untuk menziarah dan membantu dalam mengurus jenazah. Kali terakhir ziarah adalah pada 1 syawal 1435. Al Fatihah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, 

“…setiap jiwa itu akan merasai mati..”(Surah ali-Imran, ayat 185).
 
Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang bermaksud,

“Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati).”

Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  supaya  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.: 

"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."(Riwayat Bukhari)  

 
Ziarah Kematian    
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
  "Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."                                  
 (Riwayat Bukhari dan Muslim)

15 July 2014

Macamana le pulak kita nanti.

Ahad 13/7 dapat menziarah Ayah Ngah yang kini berada dalam keadaan yang amat menyedihkan...keadaan kesihatan yang amat jauh berbeza daripada dulu..hanya tinggal kulit dan tulang je.
Subhanallah. Macam ni kuasa tuhan ....dari pada sihat hingga sakit macamni..
Itu rezeki kita masing2....macam pulak dengan kita nanti.  ...hanya Allah yang tahu.

20 April 2014

Begitu Le Kalau Dah TUA....

WFE3450
Aku rase dah bertahun aku ambik insurans kete kat tempat ni....tak de masalah pun...tapi tahun ni...lain macam pulak ..."Encik..WFE ni dah 18 tahun ni...saya rase baik encik ambik tempat lain je la...kat pejabat pos ke ...atau mana2 la...."Aikkkk....aku malas nak tanya dah...terus blah!....mentang2 le kete aku dah lama macam tu ko cakap....Pergi le aku kat Pejabat Pos...nasib baik tak de masalah. settled! 18 tahun...ok lagi apa...boleh jalan lagi...huih...terasa tua sangat dah kete tu bila orang cakap macam...

Ade satu lagi benda tua yang aku bela....agak berumur le jugak...tahun 2000 ..kalau nak kira dah 14 tahun...ye la klau dah agak berumur ni tentu ada je bende yang dah longgar...lenguh2...nak tanak ...terpaksa jugak le aku antar untuk rawatan....adoyai...yang ni...kalau sekali rawatan...terketaqqqq kepala lutut aku...Hmmmmm...layan je la...selagi aku tak mampu nak cari yang lain...layan je la..dah nak terlondeh seluaq aku..londeh2 pun aku bayar je la...masa test dengan tokey cina tu...dia tanya "Lu mau jual ka ini kereta?"....
"Apasal ? lu mau beli ka?. "Boleh...nanti saya test dulu!" so  ...Lepas balik test..."Pick up ok lagi...gear box cantik lagi...cuma sikit lagi maintenance kat enjin...ini kereta mesti ok...Ini kereta baik lagi maaaa..., juai sama saya la kalau lu mau jual...7K....nanti tunggu 2 bulan confirm saya angkat!"....Alamak macamana ni...nak terus maintain kete ni ke atau carik yang lain...? kalau nak kira sayang...memang aku sayang kete ni...sebab kalau setakat nak ganti dengan perodua (yang aku ampu setakat ni..kalau nak yang baru..) memang jauh beza...sedap banyak kalau aku bawa kete tua ni...
 Tak tau la....aku cuba fikir dulu la....cuma sekarang aku memang enjoy bawa kete2 aku ....walaupun tua...tapi tak dak hutang....huhuhuhu...old skooollllllll lover. tq


25 March 2014

Berkorban sebelum menerima yang lebih baik

Masuk hari ni dah 4 hari kawasan Lembah Beringin putus 100% bekalan air. Teratak Anak pun turut terlibat dengan krisis air ni. Kami diberitahu dan dimaklumkan ini adalah kerana pemasangan paip air bagi membolehkan Lembah Beringin menerima bekalan air bersih daripada pihak SYABAS.
Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong
Terima kasih yang sudi datang menjenguk...bukan nak sokong tapi dia punye komitmen as a YB memang tip top...walaupun daripada brand cap ROKET..                                              Hampir 17 tahun lembah beringin ditinggalkan oleh pemaju Lembah beringin Sdn. Bhd yang juga merupakan anak syarikat L&G.(tanpa menyempurnakan tanggungjawab sebagai pemaju), penduduk hanya bergantung kepada bekalan air mentah yang tidak dirawat dengan sempurna....memang celakalah kepada pemaju itu...
Tapi sebelum bekalan air bersih dapat dibekalkan ..kerja pemasangan paip serba sedikit mengganggu keperluan                                                                                      
Semalam masa aku terhegeh-hegeh ambik air ade pegawai dari SYABAS datang...."Ambik air bang?"....Apa punya soalan la mamat ni tanya aku...kalau dah dok usung tong air , duduk tepi paip air...tak kan seludup diesel plak...Nasib baik dia datang dengan senyuman dan menghulurkan tangan....walaupun soalan tadi boleh aku kategorikan sebagai bangang tapi senyum je la...dia cakap kat aku "Terima kasih bang...sanggup berkorban demi menerima yang lebih baik dimasa akan datang!".HUH berfalsafah pulak mamat ni... apa-apa pun cepat skit buat kerja tu...


Dialah Allah yang menciptakan, yang menjadikan, yang membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada dilangit dan ada di bumi. dan Dialah Yang Maha Bijaksana.” (Qs. Al- Hasyr, 59:24)


 
Seperti kata Harun Yahya dalam salah satu bukunya, “Sebagian besar planet kita diselimuti air. Samudra dan laut menempati ¾ bagian permukaan bumi, sementara pada daratan sendiri terdapat sungai dan danau yang tak terhitung jumlahnya.” Kenyataan itu tercipta bukan secara kebetulan, tetapi kerana  Allah memiliki maksud dan tujuan penting bagi kehidupan. Terima Kasih.

14 March 2014

Jerebu : Bencana Dukhan

Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان

Ia adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerebu atau Asap’.
Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.




Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut: 

Orang-orang kafir Mekkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam,  dengan menyakiti dan menderhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.
Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerubu yang menutupi pandangan mereka.
Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.

SURAH  AD-DUKHAN  DAN  TERJEMAHANNYA

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.(9) Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10) Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”. (11) (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”. (12) Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! (13) Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!” (14)Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (15) (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya). (16) 
 
Datang musibah, ingat Tuhan.
Dilepaskan sedikit daripada kesusahan, kembali kufur dan lupakan Tuhan.
Duhai bangsaku, jangan sampai Tuhan ‘berdendam’ dengan kita!
Kembalilah!
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails