Iklan

12 November 2010

Rebutlah peluang sebelum mati


Rebutlah peluang sebelum mati
Kerana hidup hanya sekali
Masa pergi tak akan kembali
Bila terlepas amat dikesali

Rebutlah peluang sebelum mati
Kerana masa cepat berlari
Dalam diam tanpa disedari
Umur meningkat setiap hari

Rebutlah peluang sebelum mati
Banyakkan taubat beramal bakti
Insafi diri muhasabah diri
Sebelum maut datang menghampiri
 
Rebutlah peluang sebelum mati
Tingkatkan ibadah seikhlas hati
Berbuat amal baik pekerti
Kelak hidup Allah berkati

Rebutlah peluang sebelum mati
Ilmu berguna mesti dipelajari
Harta dan rezeki juga dicari
Untuk kesenangan diri sendiri

Rebutlah peluang sebelum mati
Bekerja berusaha jangan berhenti
Usah asyik berleka lagi
Jika sia-sia alangkah rugi

Rebutlah peluang sebelum mati
Ajaran yang baik kita ikuti
Berpandukan Al-Qur’an iman sejati
Dunia akhirat bahagia pasti

Rebutlah peluang sebelum mati
Sementara hidup kita berbudi
Kepada agama bangsa pertiwi
Menjadi kenangan di kemudian hari


Dipetik dari nukilan: Ruangan Sajak: Ehsan Jamily, Milenia Muslim. Keluaran: Disember 2009, h. 79.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails