Iklan

06 November 2010

KHURAFAT MENODAI IBADAH HAJI

http://www.asarimurni.com/hajikurafat.html

Ibadah haji adalah suatu ibadah yng semestinya dilakukan dengan sempurna, tidak dicampur aduk dengan yang batil. Lebih-lebih lagi amalan khurafat hendaklah dijauhi sama sekali kerana ianya boleh mencemarkan ibadah haji daan menjadikannya ibadah yang sia-sia. Perlu diingat bahawa khurafat boleh membawa kepada syirik kerana ianya penentu persoalan ibadah. Kalau sudah iktikad rosak kerana khurafat maka orang yang rosak ibadahnya tidak akan mendapat apa-apa kebaikan dari ibadahnya.

Namun demikian, masih terdapat bakal-bakal haji yang seolah-olahnya tidak menyedari mereka melakukan perkara-perkara khurafat ketika hendak menunaikan haji dan ada pula yang melakukannya ketika mereka berada dalam ihram dan sedang bertungkus lumus mengerjakan haji itu sendiri. Kepada golongan ini seolah-olahnya apa yang diajarkan kepada mereka oleh tuan-tuan guru yang mengajar atau oleh pengkursus-pengkursus haji adalah tidak lengkap dan tidak sempurna. Mereka masih hendak menambah-nambah dan mengada-adakan berbagai-bagai perbuaatan yang tidak diajar oleh orang-orang berkenaan lalu mereka menerima pakai petua-petua dari orang yang tidak bertanggungjawab.

Khurafat bukan perkara kecil yang boleh dipermudah-mudahkan. Khurafat adalah perkara besar yang mesti difahami dan diberi perhatian serius untuk menjauhinya. Umat Islam jangan mudah menerima pakai sesuatu perbuatan yang disebutkan kepadanya bagi menambah-nambah amalan di dalam haji yang dipelajarinya secara terbuka dan ada sandarannya, itulah yang patut diamalkannya. Adapun yang diajar secara sembunyi-sembunyi dan dilakukan secara sembunyi patutlah diambil perhatian dan dipastikan dahulu boleh atau tidak mengamalkannya barulah diamalkan yang boleh dan menjauhkan yang khurafat.



KHURAFAT DI TANAH AIR SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI
  1. Tidak boleh memijak bendul rumah, kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
  2. Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh pandang kembali melihat rumah, kalau dipandang pekerjaan hajinya tidak sempurna, kerana hatinya teringat-ingat ke rumah. 
  3. Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai. 
  4. Setelah balik nanti mesti berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut sebagai ibadah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati. Kalau melanggar sia-sialah haji.

KHURAFAT DI TANAH SUCI
  1. Mesti mencari tiang jin di dalam Masjidil Haram, peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
  2. Boleh menghadap toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang jin tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam. 
  3. Jin yang dibawa balik dari Makkah adalah jin yang baik.
  4. Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapatkan jodoh dan memurahkan rezeki. 
  5. Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik dengan tujuan jika dicampak ke dalam kolam ikan maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman maka buah-buah akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai maka akan laris. 
  6. Mencuri tali-tali khemah di padang Arafah untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelaris untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan. 
  7. Membawa balik tanah Arafah untuk upacara memijak tanah, buat pertama kali bagi bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani. 
  8. Tidak boleh melihat cermin semasa dalam ihram. Jika dilihat muka akan menjaadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya. 
  9. Menyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah. 
  10. Mengetuk pintu Masjid dan gelang kuncinya di kawasan sai’e sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuat rezekinya tertutup buat selama-lamanya. 
  11. Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjidil Haram supaya boleh mendapat anak yang mudah masuk syurga. 
  12. Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam masjid dua kali dari arah penjuru emas sekali kerana kepercayaan penjuru emas itu melambangkan kemaluan nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar Aswad melambangkan Sii Hawa. 
  13. Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikapankan dengan kain itu bagi menghindari diri dari siksaan kubur. 
  14. Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kapan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Makkah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kapan dengannya. Mungkar Nangkir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut. 
  15. Kalau berlaku hujan maka mandilah di bawah curahan air dari pancuran emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar. 
  16. Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan sekiranya ada orang yang menawarkannya maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjadikan masuk syurga. 
  17. Mandi bertelanjang di telaga Jakranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami. Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara. 



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails