Iklan

24 April 2010

Pesanan Untuk Pentadbir

Kajian Ohio State University

Tiga kajian utama patut disebut di bawah teori perilaku kepimpinan. Pertama, kajian di Ohio State University pada tahun 1940. Pengkaji di universiti itu ingin mengenal pasti dimensi perilaku pemimpin. Mereka mendapati dua dimensi utama yang memberi kesan kepada subordinat. Dimensi itu ialah struktur pemula (initiating structure) dan pertimbangan rasa (consideration).
Struktur pemula merujuk bagaimana pemimpin menentukan peranan dan pembahagian tugas untuk dirinya dan subordinat untuk mencapai objektif. Pemimpin dikatakan menggunakan perilaku struktur pemula apabila dia mengagihkan tugas kepada ahli, mengharapkan pekerja mencapai piawai prestasi dan menekankan tarikh siap tugas.
Pertimbangan rasa pula merujuk perhubungan di tempat kerja yang bersifat saling percaya mempercayai, hormat menghormati, dan pertimbangan perasaan pekerja. Keselesaan, kesejahteraan, status dan kepuasan pekerja atau pengikut diberi perhatian oleh pemimpin.
Penyelidikan telah mendapati bahawa pemimpin yang mengamalkan struktur pemula yang tinggi dan mempunyai timbang rasa yang tinggi akan mencapai prestasi yang tinggi dan memberi kepuasan kepada pengikut (Stogdill et al. 1974).


Pesanan untuk Pentadbir....JANGAN HANYA TAHU MENGARAH DAN MENEKAN PELAKSANA ARAHAN YANG BERADA DIBAWAH KAMU...Harus diingat tanpa kamu sesebuah organisasi masih boleh berjalan dan tanpa pelaksana.....mampus la korang nak buat semua benda....maka kalau ade masa ...jangan dok membebel je...kadang2 tu tolong pakai otak skit..jangan tau nak komplen sana komplen sini...letih tau nak penuhi semua kehendak korang...bila dah berjaya ....Ayat standart korang " Terima kasih la banyak kerana memberikan kerjasama....bla...bla....!"...tu je la ..sekurang2 nya guna la sikit otak korang yang jarang2 digunakan untuk berfikir tu...sebab aku aku tahu otak korang tu hanya berfungsi untuk menerima arahan dari orang yang lebih atas dari korang je....pikir la macammana nak berterima kasih dalam bentuk lain ..selain dari ayat standard korang tu...dah menanah dah nak dengar..berilah ruang untuk pelaksana ini merasa dan rasa di hargai...Terima kasih...

Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1




Influenza A(H1N1) -
Kementerian Kesihatan Malaysia








NEGERI

Perlis
Dr Zulhizzam bin Hj Abdullah
Tel: 04-9766317 / 019-4001070
SN Kartini Abd Razak
Tel: 04-9778333
* KK Kangar

Kedah
Dr Uma Salmah Abd Kadir
Tel: 04-7746137
* KK Kuah
* KKIK Jitra
* KKIK Bakar Bata, Kota Star
* KKIK Bandar Sungai Petani
* KKIK Kuala Nerang
* KKIK Baling
* KK Serdang
* KK Pendang
* KKIK Sik
* KK Bandar Kulim
* KK Guar Chempedak

Pulau Pinang
Dr Saraswathi Binarai
Tel: 04-2629902
* KK Bayan Baru, Barat Daya
* KK Bukit Panchor, Seberang Prai Selatan
* KK Sungai Dua, Seberang Prai Utara
* KK Jalan Perak di Timur Laut
* KK Seberang Jaya di SP Tengah

Perak
Dr Asiah bt Ayob
Tel: 05-2433962
* KK Lawin, Hulu Perak
* KK Padang Rengas
* KK Sitiawan
* KK Hutan Melintang
* KK Parit
* KK Jalan Damai, Tapah
* KK Bagan Serai, Kerian
* KK Buntong, Kinta
* KK Taiping

Selangor
Dr Anita bt Sulaiman
Tel: 03-51237366/
03-51237368
* KK Kajang
* KK Pandamaran, Klang
* KK Kelana Jaya
* KK Seri Kembangan
* KK Seksyen 7 Shah Alam
* KK Taman Ehsan, Gombak
* KK Kuala Selangor (Kuala Selangor)
* KK Sungai Besar (Sabak Bernam)
* KK Salak (Sepang)
* KK Teluk Datok (Kuala Langat)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dr Mazliza bt Ramly
Tel: 03-26983757
* KK Tanglin
* KK Kg Pandan
* KK Jinjang
* KK Batu
* KK Bandar Tun Razak
* KK Cheras
* KK Cheras Baru
* KK Dato Keramat
* KK Pantai
* KK Petaling Bahagia
* KK Setapak
* KK Sungai Besi
* KK Putrajaya

N. Sembilan
Dr Rotina bt Abu Bakar
Tel: 06-7641326/
06-7664927
* KK Seremban, Jalan Rasah
* KK Senawang
* KK Kuala Pilah
* KK Bahau
* KK Rembau
* KK Tampin
* KK Port Dickson
* KK Jelebu

Melaka
Dr Hashimah bt Hasan
Tel: 06-2848270
* JPL Jasin
* KK Masjid Tanah, Alor Gajah
* KK Peringgit, Melaka Tengah

Johor
Dr Badrul Hisham bin Abdul Samad
Tel: 07-2218866
* KPL Mahmoodiah, JB
* Poliklinik Bandar Maharani, Muar
* KK Batu Pahat
* KK Mengkibol, Kluang

Pahang
Dr Mohd. Sapian bin Mohamed
Tel: 09-5165402/
09-5902351
* KK Beserah, Kuantan
* KK Temerloh
* KK Karak, Bentong
* KK Dong, Raub
* KK Peramu Jaya, Pekan
* KK Bandar Jengka, Maran
* KK Triang, Bera
* KK Bandar Rompin, Rompin
* KK Padang Tengku, Lipis
* KK Jengka 8, Jerantut
* JPL Hosp Cameron Highlands

Terengganu
Dr Balkis bt Abdul Karim
Tel: 09-6229775/09-6229809
* KK Hiliran, Kuala Terengganu
* KK Kuala Besut, Besut
* KK Dungun
* KK Kuala Kemaman
* KK Marang
* KK Permaisuri
* KK Kuala Berang

Hakcipta Terpilihara © - Kementerian Kesihatan Malaysia
Syarat-syarat | Dasar Pravisi | Notis Hak Cipta
318608 jumlah pelawat | Kali terakhir kemaskini 24 April 2010

23 April 2010

HORMAT PADA GURU


HORMAT PADA GURU
www.iluvislam.com
Osman Affan*
editor: azzahra_solehah

Kalau saya ditanya apa perbezaan paling ketara antara pelajar cemerlang dengan pelajar kurang cemerlang, saya akan katakan "Hormat kepada Guru".
Saya telah banyak mengendalikan program disekolah, kolej dan universiti. Malah saya sendiri ada mengajar di Pusat Tuisyen saya sendiri. Apa yang saya lihat, pelajar cemerlang sangat menghormati guru mereka. Perkara paling mudah untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru ialah dengan mendengar dengan teliti semasa guru bercakap. Fokuskan tumpuan anda kepada apa yang guru sedang katakan.
Walaupun kadangkala anda tidak faham apa yang guru anda katakan, bersabar dan teruskan dengar dengan teliti. kemudian, tanya guru anda apa yang anda masih kurang faham. Adakalanya guru tidak melayan soalan anda kerana mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Jadi, anda tanya guru anda di luar waktu kelas. Guru selalunya akan merasakan anda amat bersungguh-sungguh dalam pelajaran jika anda bertanya tentang pelajaran di luar waktu kelas. Jadi, mereka akan lebih mesra melayan soalan anda.
Jika anda masih kurang jelas mengapa hormat kepada guru itu penting, bayangkan anda hendak mengajar dua adik atau adik saudara atau sesiapa yang lebih muda daripada anda. Adik yang pertama sentiasa mendengar penerangan anda dengan teliti. Dia fokuskan perhatian kepada anda dan bercakap dengan anda dengan nada yang sopan.
Adik kedua pula tidak pernah fokus kepada anda. Kadangkala bila anda menerangkan sesuatu kepadanya, dia akan lihat ke arah lain, bermain dengan pensel, atau sibuk makan gula-gula. Kemudian, dia bising bila tak faham cara anda mengajar. Dia juga kadangkala bercakap kasar dan memberikan komen yang menyakitkan hati.
Soalan saya, adik yang manakah akan anda ajar dengan bersungguh-sungguh? Senang untuk menjawab soalan ini bukan? Jadi, jika pelajar yang tidak fokus, biadap dan suka membuat bising di dalam kelas tidak dipedulikan oleh guru, adakah itu pelik? Fikirkan.....


*SUMBER: MOTIVASI BELAJAR


NOTA PESANAN:

Mana-mana sekolah, kelab-kelab persatuan sekolah/kolej/universiti yang berminat bekerjasama dengan kami untuk kempen dan peraduan ini, sila berhubung dengan Ketua Program, Cik Suhana melalui emel (nur.suhana.hamzan@gmail.com)

16 April 2010

Lepaskan Saja (best cite ni)


Lepaskan Saja (best cite ni)
Lepaskan Saja (best cite ni)

Korang pernah stress pikir kan masalah tak?Aku baru-baru ni rase macam tu kot,sebab banyak sangat benda nak kene buat,banyak nak kene fikir..Jadi sakit je kepale ni..Tadi aku dapat emel dari cousin aku,abang Hairil..Tibe-tibe aku terinspirasi,dan nak kongsi dengan korang..Cerita die macam ni..

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

p/s : Seriously,lepaskan sahaj gelas itu..
Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

Bukanlah pendekar sejati bila seseorang itu banyak menewaskan musuhnya,tetapi pendekar sejati adalah dimana dia berjaya mengawal marahnya

07 April 2010

Kronologi SURAU SMK SLIM

Gambar kronologi surau SMK Slim 24/03/2010

Gambar kronologi surau SMK Slim 1/04/2010

Gambar kronologi surau SMK Slim 5/04/2010

Gambar kronologi surau SMK Slim 6/04/2010

Gambar kronologi surau SMK Slim 7/04/2010

02 April 2010

KEANEHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN SIDANG DUN PERAK

Posted by MisbahulMunir Thursday, April 1, 2010

Persidangan DUN Perak kali ini lebih memperlihatkan keanehan dan kepincangan. Berlaku pelanggaran peraturan yang tidak sepatutnya berlaku. Ganesan sebagai Speaker yang dipertikai cuba mengguna kuasa mengendalikan perjalanan sidang. Ternyata Ganesan gagal mengendali dengan bijak dan baik.

Sejak awal lagi Ganesan melakukan kesilapan besar. Ia bermula dengan penolakan 216 soalan lisan dan bertulis atas alasan soalan-soalan tersebut tidak diemailkan. Sedangkan tidak ada peraturan dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak bahawa soalan-soalan mesti dihantar melalui email. Dalam Perintah-perintah Tetap 22 (2) jelas menyebut bahawa setiap soalan yang ingin dikemukakan oleh ahli dewan hendklah diserahkan soalan tersebut dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh sidang dengan menyerahkan kepada pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat. Semua soalan-soalan tersebut dihantar mengikut peraturan. Di sinilah bermulanya pelanggaran peraturan yang memberangkan semua Adun PR.

Ganesan juga mengeluarkan surat arahan kepada para Adun supaya memasuki bangunan SUK dan Dewan Persidangan yang berbeza waktu antara Adun PR dan BN. Adun BN dibenarkan memasuki bangunan SUK dan Dewan Persidangan lebih awal sedikit berbanding Adun PR. Penggunaan lift dan pintu masuk dewan juga diasingkan antara PR dan BN. Pintu masuk BN tidak diperiksa dengan ketat dan tidak di scan, pintu masuk PR dikawal dengan ketat dan discan.

Ganesan juga membenarkan pasukan polis yang begitu ramai berkawal di luar bangunan SUK, dalam bangunan dan juga dalam dewan persidangan. Ganesan sendiri di kanan kirinya sejumlah anggota polis yang ramai berpakaian preman mengawalnya dengan ketat. Suasana ini cukup tidak mententeramkan dan menyelesakan Adun PR.

Ganesan tidak menghormati "Standing Order" (Perintah Tetap). Dalam amalan mana-mana persidangan di Dewan Rakyat atau DUN, mana-mana Adun yang merujuk Standing Order dengan menyebut "point of order", Dewan hendaklah memberi peluang kepada Adun tersebut untuk membacakan mana-mana fasal berkaitan dengan isu yang mahu dibangkitkan. Ganesan melakukan pelanggaran besar apabila tidak mengindahkan YB Pantai Remis yang menyebut "point of order" dalam perkara yang berkaitan dengan perlantikan Speaker. Ganesan sepatutnya memberi peluang YB Pantai Remis berhujjah, dan beliau boleh menjawab hujjah tersebut.

Pelanggaran yang paling besar sekali yang dilakukan oleh Ganesan ialah memendekkan tempoh soal jawab lisan untuk berpindah ke agenda pembentangan Rang Undang-undang mendahului perbahasan Titah Tuanku. Inilah isu besar yang mengundang kemarahan Adun PR. Beberapa Adun PR cuba membetulkan supaya agenda perbahasan Titah Tuanku hendaklah didahulukan selepas selesai soal jawab lisan. Adun PR merujuk Perintah Tetap 13 (1), Ganesan dengan nada sombong dan angkuh tetap tidak mahu menerima teguran Adun PR, dan terus mahu Pembentangan Rang Undang-undang dibentangkan. Kesombongan dan keangkuhan hanya mempamerkan kebodohannya sebagai seorang Speaker.

Inilah isu yang menyebabkan semua Adun PR mengambil tindakan keluar dewan sebagai protes di atas kesombongan dan keangkuhan Speaker haram Ganesan. Tindakan ini dilihat oleh PR sebagai satu penghinaan dan biadab terhadap Tuanku yang bertitah semalam. Adun PR bimbang sekiranya Rang Undang-undang telah dibentang, dewan akan ditangguhkan oleh Speaker tanpa ada perbahasan Titan Tuanku. Sidang 7 Mei 2009 yang lalu telah berlaku, sidang ditangguhkan begitu sahaja tanpa disambung semula bagi membahaskan Titah Tuanku.

Media arus perdana UMNO BN memberi gambaran yang cukup buruk kepada PR, sedangkan hakikatnya merekalah yang melanggar peraturan dan tidak menghormati hak adun untuk berbahas di dewan. Pembesar suara juga ditutup setiap kali Adun PR mahu mulakan ucapan.

Strategi menghalang orang ramai mengikuti sidang dan menghalang para wartawan membuat liputan melainkan media yang dikuasai oleh UMNO BN ternyata berjaya menutup isu yang sebenar yang berlaku dalam dewan. Media mereka sahaja yang membuat liputan, sudah tentulah laporannya berat sebelah.

Rakyat tidak tertipu dengan propaganda ini, bermula dengan rampasan kuasa dan isu dalam sidang, rakyat Perak semakin benci dengan UMNO BN.


Provokasi pembangkang gagal


Utusan Malaysia Online - Berita Utama
EPERTI biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.

Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.

Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri.

Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai.

Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat.

Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat.

Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit.

Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam.

Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini?

Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada.

Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir.

Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.

Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.

01 April 2010

Ustaz Zafran


hahahaaaa.....Mohamad Harith Zafran....udah jadik ustaz..
surah pertama: Tab...tab....
lagik 2 hari cukup umur 3 bulan...kalau boleh fast foward kan senang...

25 March 2010

ZULKIFLI’S PARLIAMENT BOMBSHELL...

ZULKIFLI’S PARLIAMENT BOMBSHELL... A television grab showing Kulim Bandar Baru member of parliament Zulkifli Noordin, in his first speech as an independent, stunning the Dewan Rakyat yesterday when he alleged he had been directed and offered money to implicate Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and wife Datin Seri Rosmah Mansor in the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu. NST picture by Effendy Rashid.
Mar 25, 2010 9:17 am

24 March 2010

SURAU SMK SLIM tak kantoi lagi....

Alhamdulillah....setelah kantoi hampir setahun projek surau kat sekolah dah bermula semula....apa pasai kantoi ? jangan tanya...aku hanya pencacai hina je kat sekolah ni...yang lebih tahu adalah para pentadbir sekolah...nak cakap pun tak berani sebab ni bab duit....takut aku! ye la aku ni pencacai je sumbangan pun kecik je...tengok je la...
tapi bila tengok dah ade orang mula bekerja semula kat tapak surau ni (yang nyaris jadik tugu peringatan) hati aku lega...boleh tumpang je...kalau tak sakit mata memandang....so sape2 yang nak menderma dipersilakan...dan sama2 lah kita berdoa supaya projek baik akan dapat disiapkan ....

22 March 2010

Premier League - Paper Round: Fergie 'controls everything'

Premier League - Paper Round: Fergie 'controls everything'

Eurosport - Mon, 22 Mar 09:03:00 2010

Rafael Benitez has accused Sir Alex Ferguson of 'influencing everything', including referee Howard Webb, in the aftermath of Manchester United's 2-1 victory at Old Trafford.

Ferguson Benitez Liverpool Manchester United - 0

On the eve of the match Fergie claimed the FA and officials were biased against United, but Benitez responded by saying, "we know about the influence of Sir Alex in everything".

The Liverpool boss was asked if United winger Antonio Valencia dived, to which Benitez responded: "Yes, I think so. I've seen three replays and the last one was very suspicious."

The Daily Star have Carlo Ancelotti telling Manchester United that the title is 'theirs to lose' after declaring that Ferguson's side "are now the favourites."

Wayne Rooney has been left so incredulous about being linked with Real Madrid that the United striker has been phoning friends in Spain to ask what all the fuss about (Daily Mirror).

Celtic and Roma are heading the queue to sign Portsmotuh left-back Nadir Belhadj, with £2 million the required price for the 27-year-old Algerian who Pompey paid Lens £4.4m for two years ago (The Sun).

The same paper report that LA Galaxy striker Landon Donovan will not be returning to Everton after three days of talks stopped an MLS players' strike.

The Daily Mail have property developer Rob Lloyd, who is heading the latest consortium trying to buy Portsmouth, also making grand promises to Everton over financing a new stadium at Kings Dock.

The previous project at the site collapsed in 2003, while Lloyd's Eatonfield Group offered £30m for Goodison Park and the Bellefield training ground, on which they wanted to build homes and a supermarket.

Birmingham manager Alex McLeish has been forced to give up on signing Tottenham striker Roman Pavlyuchenko after the Russian's recent form, according to the Daily Mirror.

The Blues had a £10m bid for the striker turned down in January, but McLeish now thinks his offer has given the striker too much confidence as Spurs continue to increase his asking price.

Blackburn are interested in signing Egyptian star Shikabala of Zamalek, with the 24-year-old playmaker capable of playing anywhere across midfield, according to the Daily Mail.

The same paper focuses on the return to training of Sheffield United goalkeeper Paddy Kenny, whose drug ban is due to end on April 22.

Meanwhile, according to The Sun, David Beckham could star in a Vinnie Jones remake of the cult football war film Escape to Victory in the role of captain Bobby Moore.

18 March 2010

Kejutan politik bermula


Utusan Malaysia Online - Berita Utama

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."

17 March 2010

Newly-crown All-England champion returns


Newly-crown All-England champion returns
Datuk Lee Chong Wei arrives home to a warm welcome at the Kuala Lumpur International Airport on Tuesday. Touched by the reception, the newly crowned All-England champion elaborates on his feelings for winning the title and immediate plans.

07 March 2010

Sukan tahunan

Sukan tahunan dah pun berlalu....Perghhh lega giler...
Semua berjalan dengan lancar je seperti yang dirancang....semua bermandi peluh...
Perasmi hari tu Dato' Ong Ka Chuan....dia janji nak kasik RM15,000 tu huhuhhuhu.....berbaloi le kami yang berpeluh ni....dapat gak menyumbang kat sekolah....
Ni citer yang tak best plak....PakCik sarang burung.....yang dok kat atas sofa masa hari sukan...dok kecoh suruh cepat!....semua nak cepat....dia ingat benda sukan ni senang ke...mana nak kumpul budak...mana nak bagi arahan....mana nak catat keputusan.... Jenuh la kami yang kat padang berpeluh menari mengurus budak ....dia duduk je kat atas sofa tu memang la...sedap...siap suruh orang pasang kipas angin lagik...ko orang dah bagik tempat duduk sedap ko duduk je...kat situ diam2...jangan dok kecoh sama...kalau nak kecoh ...hahhhh turun padang tolong orang lain....ni tak....membebel je kejenye kat ats sofa tu....Ermmmmmm.....entah la....korang duduk je 1 minit pun pun korang rase lame.....tapi kalau buat keje 1 minit ni memang kejap je.....So....ringan2 kan tulang untuk tolong orang...jagan dok membebel macam orang nyanyuk!

04 March 2010

SUKAN TAHUNAN KALI KE-25

Macam biasa la tiap2 tahun je sekolah wajib buat sukan...tapi bagi aku ...baru 8 tahun berkhidmat pun dah rase macam nak muntah dengan benda nie...semua nak cantik..semua nak sempurna...tapi DUIT TARAK.....Ceh...kalau setakat air liur je modal tak payah la....hanya pengemis je yang boleh carik makan dengan air liyo ni....semua harap simpati orang nak kasik....mintak sponsor kat sana...mintak kat sini...malu je....semua nak kena mintak....
Perasmi tahun ni plak nak yang gempak...Dato' On Ka Chuan.....ahli parlimen kawasan Slim je pun...lagik la depa (Para Pentadbir) no kalut.....buat itu ....buat ini.....tapi takat tunjuk dengan jari je...yang pening kepala...pencacai macam aku ni.....adush! Tension betoi....
Kalau aku ni tak de hutang .....aku rase lama dah aku berenti dari kerja sekarang ni....tapi......
Hari ni dah hari khamis.....raptai dah selesai....cuma ade le pulak pertandingan menghias khemah....khemah sape yang cantik? bila nak buat? modal nak menghias? HHHHHHaaaa pandai2 la engko pikir.....depa tau WAAAAA .... cantiknya......nanti orang tanya sape yang buat ....ENTAH!...tapi kalau pegawai atasan yang tanya....Oooooo itu semua cikgu SAYA le yang buat...
Hipokrit! tu la yang depa tau.....kaki bodek....kaki ampu.....kaki tipu (orang yang memiliki kaki palsu) eeehhh... betoi ke?...ArGHHH lantak lah...aku malas nak pikir....cikgu semua dah lembik dah nak prepare semua benda....termasuk le memujuk budak suruh masuk acara....tangkap budak yang dipaksa masuk acara....
Golongan yang aku benci sekali ialah no. 1 mestilag Pentadbir....giler la kalau ade orang suka boss die...2. yang ni golongan yang sepatutnya kena campak kat landasan keretapi berkembar....orang sibuk2 buat persiapan dia dok kat bilik guru ...sambil2 buat kerja...pas tu hilang pi keluar minum.....pi cuci kereta.....pi service kereta....pass tu balik2 je KOMPLEn sana2 sini....bila boss tanya depa la yang kuat cakap...bagi cadangan sana cadangan sini...masa buat hARAM>>>>>>>>.....to be continued!

23 February 2010

LEY@SALEHUDDIN ZAINAL

Hari ni aku terkezut gak tiba2 dapat call dari kawan yang dah lama sangat tak jumpa....ni masa kat MRSM Taiping tahun 1990-1991 huh...kalau ditolak sekarang ni dah kat 20 tahun tak jumpa....ni semua facebook la ni....semua dalam gambar ni dah jumpa dah...ley...syed, Mae, lala....Mili....cuma si amat tempang ni je yang tah kemana.....kitaorang semua kawan sebab dulu bilik sebelah sesebelah....ley belah kanan....lala ngan amat kat depan....dengan mae...entah la....ley cakap tadi dia nakjumpaaku...sebab sekarang ni dia tengah buat master kat UPSI Tanjung Malim....so every friday dan saturday dia akan turun Tanjung malim untuk kelas......tapi minggu ni dia tak turun sebab cuti maulidul rasul...mingkin minggu depan kot......

22 February 2010

FAMILY DAY 2010


Kejadian ni aku pun tak berapa nak tau sangat....ade la terbaca kat facebook li yang dia ajak buat BBQ masa cuti raye cina....ingat dia main2 je...rupenye la dia buat sungguh....aku tompang je la....
Kebetulan kot semua family members balik cuti raya cina aritu 14/02/2010. Dari Yong sampai amer semua ade....
Ok la....semua involved cuma aku je yang lambat skit ....umie tak datang sebab masih dalam pantang so...dok kat rumah mami jelaaaaa.......
Pass ni tak le plak bila boleh buat...tu ade dah cadangan nak buat BESAR PUNYE! tapi tak tau bila.......Masing2 enjoy...makan2....kakak mula2 tu malu ....sekali dah hilang malu sampai 4 ketul dia rembat.....kita tak boleh makan ayam! tu la ayat masa belum mula makan ...tapi pas mula makan....tak sedo diri...sampai suruh berenti baru berenti....ok chow!

19 February 2010

Welcome 2010.....


Latest Design of Abrar and Hariyah family.....
Name: Mohamad Harith Zafran bin Zulkfli
D.O.B : 3 Januari 2010
Time : 8: 50 am Sunday
Weight: 2.97 kg
gender: male

12 June 2009

Kahwin Angah kat KAMPAR




Lepas kenduri kat TAbok sekarang tiba giliran pihak lelaki pulak mengadakan majlis menyambut menantu...lokasi...Kampung Tersusun ....Kampar Perak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails