Tapi kali ni faktor cuaca banyak mempengaruhi perjalanan sebab dah nak mula musim tengkujuh. tak pe lah kami terjah je...Ins Sha Allah ada la hikmah nye nanti
Penginapan kali ni sama je macam dulu kat the The Legend Cherating Beach Resort. sebabnya ialah dia punya swimmming pool best dan pantai yang cantik dan bersih.....The Legend Resort Cherating in Pahang, Malaysia, is a 4-star hotel with a stunning white sandy beach located at one of Malaysia’s premier holiday spots, Cherating Beach. On a 6.5-acre site at Cherating in the State of Pahang, the Legend Resort Cherating is a popular coastal resort area that boasts the finest white sandy beaches in the Peninsular Malaysia. With its pristine beach front and azure waters, the Legend Resort Cherating promises a comeback for most tourists.
Located 45 km north of Kuantan in the east coast of Peninsular Malaysia, the Legend Resort Cherating is an idyllic retreat for the weary urbanite and ideal for both business and pleasure. The resort is surrounded by lush tropical greenery with a sound of crashing waves providing natural background music. Situated on 6.5 hectares of lush greenery, this 248-room Resort offers the contentment of a tropical paradise.
the Legend Resort Cherating allows a picturesque view of the ocean from every room with a unique blend of casual beachside lifestyle and traditional luxury.
Feeling tired after a day filled with activities, you can bask on the idyllic beach of Cherating and sync to the sounds of waves crashing upon the white sandy beaches and later give in to the inviting water and bathe in the sun rays.
2nd Day....Trip ke Kuala Terengganu pulak...plan gerak pagi dalam kul 8.00 am tapi ting tong pung pang kat 12.00 baru jalan... biasa la tu...ni kali pertama kami akan pergi melalui LPT untuk ke Terengganu
Destinasi di tuju :
“PSKT dibina di kawasan seluas hampir 25 hektar dan dilengkapi pelbagai kemudahan moden bertaraf antarabangsa bakal menjadi pusat sains terbesar di negara ini.
Menempatkan sembilan galeri pelbagai tema, antaranya galeri maya, galeri berkaitan alam dinosaur, dewan teater dan sebuah auditorium.
PSKT mampu memberi pendedahan lebih mendalam kepada orang ramai terutama pelajar berkaitan alam sains, teknologi dan inovasi.
PSKT mampu memberi pendedahan lebih mendalam kepada orang ramai terutama pelajar berkaitan alam sains, teknologi dan inovasi.
PSKT have developed the first phase which is Spark Your Creativity gallery, Nature Disaster gallery, STEMEC gallery and Science Stage gallery. Portable Dome is also our main attraction which show case the 3D of our galaxy aerospace.
2.Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar ... Kuala Terengganu.
Masjid Kristal rasanya tak perlu lagi FF perkenalkan pasal masjid ni tersangatlah popular kat Malaysia ni, Terengganu apatah lagi kan. tapi bagi yang tak tahu tu kami nak bagitau macam mana nak datang sini. Masjid ni terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam(TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Untuk datang ke sini, walaupun terletak di pulau korang tak perlu naik bot untuk pergi ke sini ye....dah ada jalan penghubung melalui darat. Kalo nak datang tu kena ikut arah ke Losong(ala kawasan yang terkenal dengan keropok tu), kalo nak senang lagi ikut arah ke Muzium Losong pun takpe sebab memang akan lalu ikut muzium dulu, nanti jumpa simpang ke kanan tu....terus je sampai jumpa Taman Tamadun Islam. Masjid Kristal ni terletak di hujung pulau di persisiran sungai yang berkeluasan 2,146 meter persegi. Di pulau ini memang tidak ada penghuni atau perkampungan, cuma memang khas dibina Taman Tamadun Islam untuk pelancongan sahaja, dan jalan ditambak di pinggir yang akhirnya dihubungkan dengan perkampungan Losong.
3. Pasar Payang....tempat wajib orang luar untuk datang ke sini
Pasar Payang nie ada 2 tingkat....bahagian atas ada menjual songket, kain batik dan kain sutera yang terbukti terbaik dan memang banyak pilihan..rambang mata dibuatnya cuma poket kami tak berapa nak berisi selain kain, bahagian atas ada jugak alatan tembaga macam nak beli tapi macam mahai jugak takperlah lain kali kita datang kita beli ye...
Apa Yang Menarik Di Pasar Payang
- Ada pelbagai barangan yang murah. Ramai pengunjung luar Terengganu datang ke sini kerana mahu membeli beberapa jenis barang dengan harga yang jauh lebih murah berbanding negeri lain. Anda juga masih boleh tawar menawar harga.
- Adanya ‘Payang Walk’. Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam, terdapat kawasan gerai-gerai yang dibuka di luar Pasar Payang. Pasar ini bermula dari Pejabat Pos Besar sehingga kawasan letak kereta pasar.
- Di sini terdapat ruangan bakat. Anda boleh mencuba aktiviti mencanting batik, membuat wau, menganyam tikar atau membuat ukiran.
- Adanya keropok lekor istimewa. Tidak sah berkunjung ke sini jika anda tidak menikmati keropok lekor yang diperbuat daripada tepung sagu dan campuran ikan. Jika itu bukan yang anda cari, ada juga pelbagai jenis keropok yang ada dijual di pasar ini — dari keropok lekor hinggalah keropok keping.
Tempat terakhir yang menjadi destinasi kami ialah KUALA GANDAH....Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Hujan lebat meyambut kami semasa tiba dikawasan tapi lepas tu ok je...Mentari mula menyinar....
Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan.Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk Unit Gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat konservasi ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah
No comments:
Post a Comment