Kelebihan puasa Hari Arafah
Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan
dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau
betul niat, betul cara.
Bumi Arafah, satu-satunya bumi di dunia ini yang mempunyai keistimewaan
yang tidak terdapat di mana-mana pun di tempat lain baik ?planet bumi
ini mahu pun di bintang-bintang, di milky way, hatta di seluruh alam
semesta ciptaan Allah SWT. Apakah keistimewaan itu?
1. Pada tanggal 9 Zulhijjah setiap tahun, lebih tiga juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di situ dengan satu tekad, satu pakaian seragam, dan satu amalan, untuk menunaikan tuntutan rukun haji yang kedua iaitu berwukuf di Arafah. Tempuh berwukuf ialah dari masuk waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah. Mereka perlu berada di situ paling singkat sekadar satu lahzah (satu detik), dan yang seafdalnya berada di sana pada sebahagian siang 9 Zulhijjah dan sebahagian malam 10 Zulhijjah. Tanpa berwukuf di Arafah maka tidak sahlah haji seseorang itu dan dia perlu melakukan semula hajinya pada tahun yang akan datang, sebab Nabi s.a.w. bersabda, "Haji itu adalah wukuf di Arafah."
2. Pada hari wukuf Allah SWT mengampunkan dosa umat-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Di antara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali melakukan wukuf di Arafah."

Aisyah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak
ada hari yang mana Allah membebaskan sebegitu banyak roh dari api
neraka Jahanam daripada hari `Arafah. Pada hari itu Allah “menghampiri”
dunia sebagai menunjukkan kebanggaanNya berfirman kepada malaikat-malaikat: “Apakah kehendak-kehendak hambaKu ini?” (HR. Muslim)
3. Pada hari yang mulia itu Allah SWT memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umat yang sedang berwukuf di hadapan para malaikatNya.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عرفة فإن الله تبارك وتعالى يباهي بهم الملائكة فيقول انظروا إلى عبادي أتوني شعثا غبرا ضاحين من كل فج عميق أشهدكم أني قد غفرت لهم فتقول الملائكة إن فيهم فلانا مرهقا وفلانا قال يقول الله تعالى قد غفرت لهم.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ketika
datang hari Arafah maka Allah akan membanggakan kepada malaikat dan
berfirman: " Wahai malaikat lihatlah hamba-hambaKu, mereka mendatangiKu
dengan rambut yang kusut masai, dan wajah yang berdebu, yang datang
dari daerah yang jauh. Saksikanlah bahwa Aku lelah mengampuni dosa
mereka." Kemudian malaikat berkata " disana terdapat orang-orang yang
melakukan kesalahan" Rasulullah bersabda : Allah berfirman "Aku telah
mengampuni mereka".
4. Pada hari wukuf, langit di bumi Arafah terbuka - bermakna doa orang yang berwukuf dimaqbulkan oleh Allah SWT.
Demi
istimewanya hari wukuf di bumi Arafah ini, maka adalah sangat penting
kita mengambil kesempatan untuk berdoa dengan mengharapkan keampunan dan
maghfirah Allah SWT, serta memohon agar ibadah haji kita adalah haji
yang mabrur sebab ketika kita berdoa di situ Allah SWT menyaksikannya
dari dekat dan dibangga-banggakan-Nya kita di hadapan para malaikat.