
Mar 25, 2010 9:17 am
Eurosport - Mon, 22 Mar 09:03:00 2010
Rafael Benitez has accused Sir Alex Ferguson of 'influencing everything', including referee Howard Webb, in the aftermath of Manchester United's 2-1 victory at Old Trafford.
On the eve of the match Fergie claimed the FA and officials were biased against United, but Benitez responded by saying, "we know about the influence of Sir Alex in everything".
The Liverpool boss was asked if United winger Antonio Valencia dived, to which Benitez responded: "Yes, I think so. I've seen three replays and the last one was very suspicious."
The Daily Star have Carlo Ancelotti telling Manchester United that the title is 'theirs to lose' after declaring that Ferguson's side "are now the favourites."
Wayne Rooney has been left so incredulous about being linked with Real Madrid that the United striker has been phoning friends in Spain to ask what all the fuss about (Daily Mirror).
Celtic and Roma are heading the queue to sign Portsmotuh left-back Nadir Belhadj, with £2 million the required price for the 27-year-old Algerian who Pompey paid Lens £4.4m for two years ago (The Sun).
The same paper report that LA Galaxy striker Landon Donovan will not be returning to Everton after three days of talks stopped an MLS players' strike.
The Daily Mail have property developer Rob Lloyd, who is heading the latest consortium trying to buy Portsmouth, also making grand promises to Everton over financing a new stadium at Kings Dock.
The previous project at the site collapsed in 2003, while Lloyd's Eatonfield Group offered £30m for Goodison Park and the Bellefield training ground, on which they wanted to build homes and a supermarket.
Birmingham manager Alex McLeish has been forced to give up on signing Tottenham striker Roman Pavlyuchenko after the Russian's recent form, according to the Daily Mirror.
The Blues had a £10m bid for the striker turned down in January, but McLeish now thinks his offer has given the striker too much confidence as Spurs continue to increase his asking price.
Blackburn are interested in signing Egyptian star Shikabala of Zamalek, with the 24-year-old playmaker capable of playing anywhere across midfield, according to the Daily Mail.
The same paper focuses on the return to training of Sheffield United goalkeeper Paddy Kenny, whose drug ban is due to end on April 22.
Meanwhile, according to The Sun, David Beckham could star in a Vinnie Jones remake of the cult football war film Escape to Victory in the role of captain Bobby Moore.
KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'
Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.
Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.
Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.
''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.
Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.
Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.
''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.
Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.
Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.
Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.
Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.
Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.
Perbahasan Zahrain disambung esok.
Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.
Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."