Iklan

25 February 2019

Adakah akan kutemui NOKTAHnya?

16/2/2019 Apak mengalami sesak nafas Dan terpaksa dihantar  ke Hospital Slim River. PASRAH...semua bantuan dihulurkan kepada apak oleh pihak hospital berlandaskan pesakit Paliatif. 
Besarnya Kuasa Allah Yang Maha Esa, dan betapa kerdilnya manusia yang langsung tidak bermaya.
Itu sudah janji Tuhan: ajal itu ialah sesuatu yang pasti dan bila sudah tiba masanya tiada siapa dan tiada apa pun yang dapat menghalangnya. Kehidupan kita ialah anugerah Allah, dan bila Allah menariknya kembali, tamatlah sebuah kehidupan itu dan manusia menemui ajalnya. Apa-apa juga penyakit atau alasan hanyalah buat dijadikan penyebabnya saja.
Alhamdulillah apak kuat semangat dan atas kehendakNya...Apak kelihatan kembali stabil...Apak discharge dari wad 9 pada Isnin 18/2/2019...

Mengapa Rasulullah menyuruh kita mengingati mati?

Kerana mati itu pasti. Tidak kira walau di pelusuk dunia mana sekalipun kita berada, tidak kira di gua mana sekalipun kita bersembunyi.

“Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.” Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah penggilapnya wahai Rasulullah?” Rasulullah menerangkan, “Membaca Al-Quran dan mengingati mati.”

Usaha ku teruskan lagi sehingga kutemui Noktahnya......Terima Kasih

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails