Iklan

23 March 2019

Indahnya Pelangi

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi itu, baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

Ada sebab kenapa pelangi itu hadirnya hanya seketika. Kenapa ia pergi dan menghilang dengan sekelip mata....

Kerana jika ia selalu mempersembahkan dirinya selepas hujan, keindahannya akan hilang. Ia akan kurang dihargai. Ia tidak akan menjadi suatu yang dinanti-nantikan. Sekiranya ia kekal, maka akan luput keistimewaannya. Akan lenyaplah keunikannya.

Ramadhan 1440H..pasti tak akan sama...😢

Di sebalik hujan ada kecantikan pelangi.

Di sebalik musibah akan ada hikmah.

Di sebalik celaan akan ada pujian.

Di sebalik cacian akan ada peningkatan penghormatan.

Di sebalik dugaan akan ada kenikmatan.

Di sebalik segala sesuatu ada DIA & hanya DIA.


Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian selanjutnya. “Mereka memanahku bertubi-tubi, sampai-sampai panah itu hanya menembus panah,” kata penyair Arab terhebat sepanjang sejarah, Al-Mutanabbi.…

Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…

 An-Najm: 42-44

Begitulah hebatnya Allah SWT mendidik jiwa hambanya. Di sebalik dugaan, musibah dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.









16 March 2019

REDHAlah wahai HATI....

Dah hampir sebulan apak meninggalkan kami...Ujian yang ditempuhi bermula daripada bulan Ogos 2018 telah pun menemui titk nokhtahnya...Namun masih segar sangat setiap detik yang dilalui...Setiap kali mengaji ...masih terasa kehangatan tubuh arwah apak yang berada disebelah ketika itu...daripada tubuh arwah yang panas hingga tubuhnya berasa sejuk dan diuruskan sehingga selesai...Allahhuakbar....Setiap kali menempuh hari ahad mesti terlintas dikepala detik akhir ketika memandikan arwah pada paginya...😪 

Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan.


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…    

(Al-Baqarah: 286)


ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


BAE6614
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.


Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. 
Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah  ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.



13 March 2019

Sabarlah hati .....


20/1/2019 11:53 am
Lalu, kesunyian yang melanda itu membuatkan fikiranku menyelak kembali lembaran-lembaran lama yang berlaku dalam kehidupanku.
Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” 

SABARLAH wahai HATI...kerana
yang sebenarnya... kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.  

10 March 2019

Hati yang Merindu

‎Monday, ‎29 ‎October, ‎2018, ‏‎5:50:38 PM
Hati mula merindu...
Dalam hidup memang tidak ada yang abadi, setiap orang pasti pernah merasakan yang namanya kehilangan...

Sebuah kematian yang sudah di takdirkan, tidak akan kembali dengan sebuah kesedihan dan air mata. 
Bila mana tarikh terakhir sebagai musafir di dunia maka, Allah boleh mengambil apa yang dipinjamkanNya semula pada bila-bila masa.
Kehilangan ibarat dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Ia perit. Peritnya bagai dihiris-hiris hanya yang mengalaminya amat merasai.
Memang mengikhlaskan  seorang yang sangat di sayangi adalah hal yang paling sulit yang di ajarkan dari Tuhan untuk kita. Saat ini, hanya doa yang bisa kita jadikan sebagai jalan untuk mendekatkan diri dan memohon kemudahan darinya atas segala musibah yang sedang kita alami saat ini.

Dia memang  sudah meninggalkan kita semua disini selamanya. Namun, semua kenangan yang indah tentangnya akan selalu abadi di dalam ingatan kita
Ya Allah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakan mereka di kalangan orang-orang beriman.. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amin.

02 March 2019

INI RUMAH KAMI....😭

Rumah arwah apak semakin sunyi...bila masuk. hari ke-3.Ramai dah pulang untuk memulakan rutin harian masing-masing...Yang mulanya riuh dengan cucu dan anak sedara...dah mulai sepi.
Bermulalah cabaran baru dalam kehidupan  kami sekeluarga...Tanggungjawab arwah apak menjadi tanggungan kami semua iaitu...mak!
1/3/2019 😭

1/3/2019 Rumah arwah apak kosong sepenuhnya..Mak terpaksa keluar sebab kesihatan mak yang tak berapa sihat. 

Disinilah arwah apak membesarkan 7 orang anak...disinilah lahirnya sebuah keluarga yang bertungkus lumus mengharungi keperitan sebagai anak FELDA.
Didepan rumah ini juga suatu ketika dulu adalah padang bola kami...didepan rumah inilah tempat main baling selipar...didepan rumah inilah tempat main rondes...didepan rumah inilah tempat main polis sentri...didepan rumah inilah tempat main baling tin...keliling rumah adalah litar lumba basikal kami...ditiang rumah inilah kami bermain cup tiang...
dibawah rumah inilah kami mengorek lubang untuk bermain congkak...Ditepi rumah inilah tempat main jengket-jengket...ditepi rumah inilah tempat main getah...ditepi rumah inilah tempat main guli...Didepan rumah inilah tempat sliding paling best ketika main hujan....
Ditangga rumah inilah gelongsor paling best sampai langgar pasu dan pecah...Marmar ditangga inilah yang digesek dan dijadikan pengilat kuku...Dibelakang rumah inilah kami main pondok-pondok...dan

panjat pokok cempedak untuk dibalut buahnya dengan daun kelapa yang dianyam oleh mak. Dirumah inilah tempat berlangsungnya kenduri perkahwinan kami 7 beradik....
Semoga kenangan diteratak ini akan kekal...
Kerana semua kenangan manis inilah kami akan cuba menjaga rumah ini sebaik mungkin sebagai mana arwah dulu menjaganya...
INI RUMAH KAMI!....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails