Mula masuk ke Lembah Beringin pada tahun 1999.... Masa tu Allah berikan kami rezeki untuk tinggal di kediaman Kakitangan yang disediakan untuk pekerja KYUEM. Terkejut juga melihat keadaan persekitaran di sini. Pada mulanya memang gah dipromosikan dimerata media masa...siap ada iklan di TV yang
menunjukkan kehebatan Lembah Beringin berupa sebuah bandar baru dengan berlatarbelakangkan kehijauan dan penonton juga dibuai lagu yang menarik....
Tetapi semenjak 1999 Lembah Beringin terus terbiar dan terbiar hingga kini (2016). Tiada apa2 perubahan yang berlaku di sini.....terus kaku dan bangunan batu yang terbiar terus memakan diri dan tenggelam dengan sendirinya disebalik semak samun yang telah pun bertukar menjadi belantara.
Terfikir juga bila melihat kemusnahan bangunan-bangunan yang separuh siap..."Siapa la pemiliknya..." "Macamana la nasib mereka?" tapi satu je yang pasti....LEMBAH BERINGIN DEVELOPER dah pun disenarai hitamkan...dan projek ini telah dikelaskan sebagai projek terbengkalai....Habis cerita....tutup buku...Alasan: Kegawatan Ekonomi. SENANG je kan. Agak2 tak boleh buat....stop kerja...tunggu disenarai hitamkan....pas tu lepas tangan dan cuci tangan...yang menangggung beban adalah pembeli....kejam betul....
LEMBAH BERINGIN DEVELOPER ni hanyalah anak Syarikat daripada LAND AND GENERAL (LNG)... yang gulung tikar cuma anak syarikat je...Bapak syarikatnya masih utuh meniaga dan masih beroperasi sebagai salah satu pemaju yang mempunyai nama yang besar diantara pemain hartanah di Malaysia. LNG tak terjejas teruk pun semasa kegawatan ekonomi...tapi untuk menyelamatkan ekonomi dan poket ... Mereka ambil langkah mudah...berhentikan projek LEMBAH BERINGIN.....
Yang teruk menanggung kudis dan tokak ialah PEMBELI....bila pemaju di senarai hitamkan dan projek dihentikan dan dibiarkan terbengkalai.
Undang-undang langsung tak usik pun bapak syarikat yang telah diisytiharkan miflis dan disenarai hitam.... Mereka terus bebas menjalankan aktiviti perniagaan mereka walaupun ternyata salah satu anak syarikat telah pun gagal dan disenarai hitamkan.
Langsung tidak menyebelahi pengguna...sepatutnya bila salah satu anak syarikat disenarai hitamkan Bapak syarikat harus menerima kesan dan menerima hukuman yang sama. Jangan dibiarkan sewenang-wenangnya bersenang lenang dengan menoropong peluang lain yang akan membawa keuntungan semata-mata. Bapak sepatutnya harus dipertanggungjawabkan sekiranya anaknya membuat tahi. .... Itulah undang-undang disini....masa nak beli sibuk peguam ...sur7h tandatangan sana...tandatangan sini...bila dah kantoi...pakat senyap...bila aduan dibuat ternyata syarat perjanjian kebanyakan tidak melindungi pembeli ...tetapi sebaliknya lebih cenderung melindungi Pemaju...memang JILAKE!
TAPI disebalik kejadian ada hikmahnya....bila pemaju di senarai hitam dan di umum sebagai projek terbengkalai harga rumah merudum dengan teruk....maka secara tak langsung ia memberi peluang kepada golongan yang pada mulanya tak mampu memiliki rumah untuk membeli rumah kerana Kebanyakan daripada pemilik rumah yang telah disiapkan oleh pemaju mula melepaskan hak milik mereka dengan harga yang murah kerana tidak mahu menanggung beban.
Alhamdulillah....dari situlah kami berjaya memiliki sebuah kediaman yang agak selesa kerana kami merupakan dari golongan sederhana yang mempunyai kemampuan yang agak terhad jika dibandingkan dengan harga hartanah yang melambung tinggi pada waktu sekarang.
Asalnya hanya menyewa...akhirnya dimurahkan rezeki olehNya...kami membeli rumah yang disewa dengan harga yang jauh lebih rendah dari nilai asal.
Bukan kami sahaja ... Malah ramai lagi yang mengambil peluang ini. Maka secara tak langsung bermastautinlah kami disebuah kawasan perumahan terbengkalai yang kalau namanya disebut memang ramai yang tidak mengetahui akan kewujudannya.
Dari situ wujudlah sebuah komuniti yang kecil dan tinggal didalam suasana yang saling bergantung antara satu sama lain dan hasilnya ialah sebuah hubungan yang erat dikalangan ahli. Suasana yang sunyi dan jauh dari kesibukan menjadi suatu faktor yang kuat untuk kami terus berada disini.KAMI AMAN DAN TENANG DISINI....biarkanlah kami menikmati semuanya disini....Biarlah LEMBAH BERINGIN terus menyepi dan biarlah ia terus begini....kerana ia merupakan satu anugerah yang tak terhingga dan kami bahagia disini.TQ senyummmmm