Iklan

30 November 2012

New Year 2013 with New Hope


Masa ...sape yang boleh tahan ia dari terus berlalu...NEW YEAR! datang lagi dan yang pasti no. semakin besar....2013. Tahun depan aku rase agak mencabar sebab : Hutang akan bertambah (beli tukun batu), kakak dah nak naik ke tingkatan 1....itu yang dah confirm...yang belum tau lagi  mungkin ade lagi....
   Tukun buruk yang aku beli ni aku harap akan jadi tempat aku berteduh sampai tua la kut...Urusan belum selesai tapi aku dah confirmkan yang aku nak ambik alih tukun ni....dulu tak teringin pun nak duduk kat sini tapi kat sini je yang masih aku mampu nak beli sebuah tempat berteduh dengan selesa...apa boleh buat..kerja sebagai pencacai je...
Bucida Molineti (GOLD)
Bucida (Hijau) Purut dan Kari
Harap akan tumbuh segar macam ni
   Sebab dah confirm nak ambil alih tukun buruk ni...aku pun dengan tak malunye mula la buat projek lanskap....mula tanam sikit2 pokok kat sekeliling rumah...pokok yang jadi pilihan aku ...Bucida Molineti (Pokok Doa)...Pokok ni aku kenal pun sebab banyak ditanam sekarang ni di kawasan Tanjung Malim...tengok punya tengok.... ok gak pokok ni...Pi cari kat Nursery pokok....tanya yang besar sikit...Mak aiii mahai nya rege pokok ni....So orang tu pun cakap " Kalau abang nak yang murah ambik la anak pokok...baru RM15 je.." Tak  pe bang ...Abang tunggu je dalam 2 ke 4 tahun..besar la pokok tu ...macam yang abang nak beli tadi..." Oooo gitu ...tak pe la...dah memang Pencacai macam aku tak de duit memanjang....aku beli je yang kecik...Harap2 nanti beso la pokok tu...jangan mati sudah...baru2 ni aku beli lagi...ni semangat ni...nak kasik cantik tukun buruk ni....supaya nampak macam rumah...Kali ni aku beli yang hijau sikit...tambah aksesori ...pokok limau purut dengan pokok kari.....HUH! hijau la Tukun@rumah ni nanti...tapi semuanya ....macam orang kat nursery tu cakap la....kena tunggu 2 ke 4 tahun...tak pe TUNGGUUUUUU........next projek bulan depan plak....Sekian.

Bucida Molineti adalah nama saintifik bagi pokok yang terdapat di dalam gambar-gambar yang tertera. Bagi nama tempatan pula, pokok ini mempunyai pelbagai nama. Dalam bahasa inggeris, pokok ini dikenali sebagai black olive tree. Masyarakat Malaysia pula memberi nama pokok ini sebagai pokok doa. Pokok Bucida Molineti terdapat pelbagai jenis pokok bucida seperti Bucida Angustifolia, Bucida Buceras, Bucida Comintana, Bucida corelliana, Bucida Niitida dan banyak lagi. Namun di sini kita hanya mengkaji tentang pokok bucida molineti sahaja. Pokok ysng berasal daripda pokok badam india ini selalunya digunakan sebagai bahan lanskap, perhiasan dalam rumah, dan sebagainya.

Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki pokok Bucida molineti ini seperti amerika syarikat, Bahamas, Cuba, Selatan Florida dan Hispaniola. Negara kita Malaysia menanam pokok Bucida Molineti tetapi tidak mempunyai pokok ini. Hanya negara-negara yang tersenarai di atas sahaja mempunyai baka pokok Bucida Molineti. Namun asal pokok ini adalah dari negara Bahamas. Hal ini berkemungkinan kerana faktor iklim negara yang berbeza menyebabkan kesulitan untuk mengeluarkan baka pokok Bucida Molineti. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa pokok Bucida ini ditanam secara meluas di Selatan Florida. Ada juga sumber yang mengatakan pokok Bucida ini berasal dari Florida namun telah dipertikaikan.

Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pelbagai jenis lanskap namun pokok ini juga amatlah sesuai ditanam pada landskap di jalan protokol. Contohnya di jalan-jalan utama menuju ke bangunan-bangunan kerajaan, di dalam kampus universiti.

Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol.

Pokok Bucida Molineti pula terbahagi kepada dua jenis saiz. Ada pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar dan ada yang hanya hidup dalam saiz yang kecil. Bagi pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar biasanya ditanam di tepi manakala yang hidup bersaiz kecil biasanya ditanam di dalam rumah sebagai perhiasan. Pokok bucida yang besar mempunyai batang yang keras. Manakala pokok bucida yang bersaiz kecil mempunyai batang yang lembut.

Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. Seteleha berumur 4 – 5 minggu, barulah anak pokok bucida boleh ditanam mengikut tempat yang telah dipilih. Dalam beberapa bulan atau satu tahun kemudian, pokok ini sudah membesar dan menghiasi kawasan rekreasi.
  



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails