Iklan

22 March 2015

Banyak betul nak kena bayo...!

Walaupun hanya setahun hanya sekali tapi kalau tak ada simpanan yang cukup memang rasa londeh jugak poket dibuatnya. Tambahan pulak bonus untuk kakitangan awam cuma ½bulan je. Kalau lebih skit tu boleh la buat isi kantung....memang tak pernah enjoy pun kalau dapat bonus ni...ye la kakitangan awam berapa sangat la bonus yang kami dapat. Orang lain memang cakap ..waaa best la kakitangan kerajaan dapat bonus...tapi sebenarnya berapa sangat la kalau nak dikira dengan tanggungan yang perlu diselesaikan terutama yang memerlukan pembayaran yang dalam kuantiti yang agak besar...Cukai Tanah, Cukai Taksiran, Roadtax dan Insuran kete serta  perbelanjaan untuk persekolahan anak...letih Ooooo...kalau tak ada sumber lain yang dapat tolong kantung kecik ni. 
Pejabat Tanah Hulu selangor
Apa boleh buat...kutip pelan2 la tiap2 bulan dari gaji bulanan...Tapi Alahamdulillah...terima kasih Allah ... duit periksa kertad SPM lepas dah masuk....boleh la top up sikit mana yang tak cukup...penat sengkang mata buat kerja...tapi hasilnya tak boleh buat nak berseronok pun...memang tumpu terus kat benda-benda wajib bayar ni...Tahun ni cukai tanah dan cukai taksiran dah settle dah...Insurans WFE3450 pun dah ready ...cuma untuk W5863Y je yang masih samar2 lagi....Ins Sha Allah akan dipermudahkan olehNya.....Yezzaaaaa Tq.
INFORMASI MENGENAI CUKAI NEGERI
Cukai Tanah
Ditafsirkan sebagai Cukai sewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :
apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewaapa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; danapa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.
Cukai Taksiran/Cukai Pintu
Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :
  • KediamanPerniagaan
  • Perindustrian
  • Tanah Kosong
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.
"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."
Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):
"Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu.."
Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.
Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

Peringatan

1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

::Hakcipta©2013 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat::
Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Kompleks Pentadbiran Daerah, Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89251992   Emel : hlangat@selangor.gov.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails