Iklan

03 August 2014

Adab Ziarah Kematian

3 Ogos 2014..Khabar diterima mengatakan Ayah Ngah dah meninggal dunia di Kg. Air Kuning. Setelah hampir setahun sakit akhirnya dijemput juga. Alhamdulillah berkesempatan untuk menziarah dan membantu dalam mengurus jenazah. Kali terakhir ziarah adalah pada 1 syawal 1435. Al Fatihah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, 

“…setiap jiwa itu akan merasai mati..”(Surah ali-Imran, ayat 185).
 
Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang bermaksud,

“Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati).”

Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  supaya  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.: 

"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."(Riwayat Bukhari)  

 
Ziarah Kematian    
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
  "Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."                                  
 (Riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails