Iklan

02 May 2013

Jom Balik.....

PLUS : PATUHI TTA KETIKA PULANG MENGUNDI

Orang ramai yang bercadang untuk menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan untuk pulang mengundi pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 yang akan datang dinasihatkan supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi berkata, “TTA yang dikeluarkan oleh PLUS pada cuti musim-musim perayaan dan hari-hari puncak telah berjaya membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya. Oleh itu, kami menasihatkan supaya orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada 4 dan 5 Mei ini supaya mematuhi TTA yang dikeluarkan.”
Sebanyak 1.3 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari menjelang tarikh pilihanraya umum ke-13 yang akan datang. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang dicatatkan pada hari-hari biasa.
“Justeru itu, PLUS menasihatkan orang ramai untuk pulang mengundi pada 4 Mei dan kembali semula ke Lembah Klang pada 5 Mei supaya mematuhi jadual perjalanan yang disediakan,” kata Mohammad Fuad.
TTA merupakan jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi-destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS. Ia dikeluarkan sebagai salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan orang ramai daripada terperangkap di dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.
Dalam pada itu, PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails